Statistik Jalan Edisi 2018

Jabatan Kerja Raya, JKR (2018) Statistik Jalan Edisi 2018. Documentation. Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, Malaysia.

[thumbnail of Statistik Jalan 2018.pdf] Text
Statistik Jalan 2018.pdf

Download (83MB)

Abstract

Buku Statistik Jalan amat penting sebagai bahan rujukan kepada semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan pengguna jalanraya di negara ini, selain menjadi bahan rujukan utama oleh pihak JKR. Oleh kerana Buku Statistik Jalan ini merupakan bahan rujukan utama, maka maklumat tambahan telah dimasukkan ke dalam Edisi Tahun 2018 ini seperti peta lokasi bagi jalan-jalan yang baru diwartakan dalam tahun 2017, maklumat-maklumat tambahan Jalan Protokol dan kebenaran kenderaan berat khas di Jalan Persekutuan. Pengumpulan data bagi Jalanraya Negeri pula adalah berdasarkan laporan yang diterima dari Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Sistem MARRIS Online. Maklumat yang diperolehi dari Sistem MARRIS Online ini digunakan sebagai asas bagi perkiraan jumlah Pemberian Penyelenggaraan Jalanraya Negeri (State Road Maintenance Grant) dari Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri. Dengan adanya maklumat yang agak menyeluruh ini, adalah diharapkan jurutera-jurutera di JKR dapat merancang dan menyenggara jalan dengan lebih berkesan serta memastikan agihan peruntukan yang lebih efektif dan perbelanjaan yang lebih optima dapat dilaksanakan.

Item Type: Monograph (Documentation)
Uncontrolled Keywords: Roads
Subjects: T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements
Divisions: Government Publication > Goverment organizations
Depositing User: Salina Shamshuri
Date Deposited: 07 May 2019 06:01
Last Modified: 07 May 2019 06:01
URI: http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1924

Actions (login required)

View Item View Item