KAJIAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SEKOLAH RENDAH 2021

UNSPECIFIED (2021) KAJIAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SEKOLAH RENDAH 2021. Technical Report. Unit Penyelidikan Dan Pentaksiran Bilik Darjah, Putrajaya.

[thumbnail of LaporanKajianPelaksanaanPBD.pdf]
Preview
Text
LaporanKajianPelaksanaanPBD.pdf - Published Version

Download (253kB) | Preview

Abstract

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalankan Kajian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah bagi sekolah rendah menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan pandangan guru yang mengajar Tahun 1 hingga Tahun 6 berkaitan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah. Kajian ini telah dilaksanakan secara atas talian pada 26 Ogos hingga 10 September 2021. Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai tahun 2016. PBD merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2019). Mulai tahun 2019, amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi Tahap 1 dimansuhkan berdasarkan kepada Surat Siaran KPM Bilangan 14 Tahun 2018 bertarikh 19 Disember 2018. Ini disebabkan pentaksiran yang lebih objektif diperlukan bagi melihat perkembangan murid secara menyeluruh termasuk amalan nilai-nilai murni yang berbentuk rutin harian. Pada 28 April 2021 pula, Menteri Pendidikan telah mengumumkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021, maka pelaksanaan PBD digunakan sepenuhnya bagi mengukur pencapaian murid.

Item Type: Monograph (Technical Report)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: Government Publication > Goverment organizations
Depositing User: Esam @ Hisham Muhammad
Date Deposited: 20 Jan 2025 02:34
Last Modified: 20 Jan 2025 02:34
URI: http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/5355

Actions (login required)

View Item View Item