UNSPECIFIED (2020) Laporan Kemajuan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) Bagi Tahun 2019. Documentation. Pusat Governans Integriti dan Antirasuah, Putrajaya.
Preview |
Text
LaporanKemajuanPelanAntirasuah.pdf - Published Version Download (20MB) | Preview |
Abstract
Pelan Antirasuah Nasional (NACP) adalah dokumen utama Kerajaan Malaysia yang menggariskan tindakan dalam menangani isu tadbir urus, integriti dan antirasuah secara menyeluruh. Pelan ini dirangka dengan didasari oleh penilaian risiko rasuah yang dianalisa menggunakan data-data daripada pelbagai sumber. Terkini, seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, pelan ini juga bertindak sebagai panduan dalam pelaksanaan mekanisme antirasuah yang menggemblengkan usaha dan komitmen ke arah negara yang bersih dan dihormati. Sebanyak 115 inisiatif di bawah enam (6) bidang keutamaan digariskan di bawah NACP iaitu tadbir urus politik, pentadbiran sektor awam, perolehan awam, perundangan dan kehakiman, penguatkuasaan undang- undang serta tadbir urus korporat. Pemilihan enam (6) bidang ini adalah berasaskan kepada penilaian risiko yang dilaksanakan dan menjadi keutamaan kepada kerajaan untuk mengambil langkah sewajar menanganinya bagi memperkukuh akauntabiliti dan integriti politik, memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, mempertingkat keberkesanan dan ketelusan perolehan awam, mempertingkat kredibiliti sistem perundangan dan kehakiman, menginstitusikan kredibiliti agensi penguatkuasaan undang-undang dan memupuk tadbir urus baik dalam entiti korporat.
| Item Type: | Monograph (Documentation) |
|---|---|
| Subjects: | K Law > K Law (General) |
| Divisions: | Government Publication > Goverment organizations |
| Depositing User: | Esam @ Hisham Muhammad |
| Date Deposited: | 21 Feb 2024 07:33 |
| Last Modified: | 15 Jan 2025 06:28 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/5267 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
