UNSPECIFIED (2014) Sokongan Komuniti & Swasta Untuk Meningkatkan Elemen KBAT. Technical Report. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya.
Full text not available from this repository.Abstract
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan enam aspirasi iaitu kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. Daripada enam aspirasi yang dinyatakan, buku ini memberi fokus kepada kemahiran berfikir. Penguasaan kemahiran berfikir yang mantap memainkan peranan penting dalam melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Kemahiran berfikir yang ditekankan ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kerana tren perkembangan pendidikan masa kini menuntut kemahiran tersebut. Penerapan KBAT dalam pendidikan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistematik yang merangkumi tujuh elemen KBAT yang terdiri daripada tiga elemen utama iaitu Kurikulum, Pentaksiran dan Pedagogi serta empat elemen sokongan iaitu Kokurikulum, Sokongan Komuniti dan Swasta, Sumber dan Bina Upaya. Kesemua elemen ini adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid. Setiap elemen KBAT akan diperincikan dalam bentuk buku dan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui laman web BPK. Maklumat terkini yang diperoleh boleh dijadikan koleksi yang komprehensif mengenai pelaksanaan KBAT.
| Item Type: | Monograph (Technical Report) |
|---|---|
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LC Special aspects of education |
| Divisions: | Government Publication > Goverment organizations |
| Depositing User: | Esam @ Hisham Muhammad |
| Date Deposited: | 15 Jan 2025 06:27 |
| Last Modified: | 15 Jan 2025 06:27 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/5266 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
