Ng, Suee Lim (2020) KENAYATAAN MEDIA : PROGRAM ADN MUDA SELANGOR VIRTUAL 2020.
Preview |
Text
selangor3.pdf - Published Version Download (1MB) | Preview |
Abstract
Program ADN Muda Selangor Virtual merupakan program atas talian yang julung kalinya akan diadakan oleh Dewan Negeri Selangor. Pada awalnya Dewan Negeri Selangor berhasrat untuk menganjurkan Program ADN Muda secara fizikal. Namun, memandangkan keadaan pendemik Covid-19 masih membimbangkan, tahun ini, program ADN Muda Selangor akan dijalankan secara atas talian (virtual) dan diadakan buat kali pertama dalam kalangan negeri di Malaysia. Pejabat Speaker dan Pejabat Dewan Negeri Selangor akan menganjurkan program ADN Muda Selangor Virtual pada 3 Oktober 2020 dengan kerjasama UNDI18 serta Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 16. Program ADN Muda Selangor pada dahulunya merupakan satu program khas bagi mahasiswa dan mahasiswi kelahiran Selangor yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi di Selangor. Walau bagaimanapun selaras dengan kelulusan had umur mengundi kepada 18 tahun, kami telah memutuskan agar peluang dibuka kepada pelajar sekolah menengah berumur 15 tahun supava pendedahan awal terhadap peranan dan fungsi ADN dapat difahami dengan lebih jelas. Ini juga secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam membuat keputusan semasa pemilihan wakil rakyat ketika Pilihanraya Umum (PRU) kelak.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
| Divisions: | Social Media |
| Depositing User: | Esam @ Hisham Muhammad |
| Date Deposited: | 02 Jan 2024 06:03 |
| Last Modified: | 02 Jan 2024 06:03 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/4398 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
