Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

UNSPECIFIED (2021) Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Documentation. Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

[thumbnail of Pelanantirasuahorganisasi.pdf]
Preview
Text
Pelanantirasuahorganisasi.pdf - Published Version

Download (17MB) | Preview

Abstract

Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam adalah satu bentuk perancangan awal yang bole membantu jabatan dalam kempen pencegahan aktiviti rasuah, salah guna kuasa dan kelemahan tadbir urus jabatan. Berkesinambungan dari Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang telah dilancarkan pada 29 Januari 2019, matlamat utamanya adalah untuk memastikan pengurusan pentadbiran Kerajaan bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta mencapai aspirasi nasional iaitu "Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah". Bagi merealisasikan matlamat tersebut, dalam Bab 3: Memperkasakan Usaha Pencegahan Rasuah Nasional, Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023, menyatakan agar setiap pemegang taruh perl menangani permasalahan rasuah di organisasi masing-masing melalui Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP). Perkhidmatan Awam merupakan tulang belakang kepada jentera pentadbiran Kerajaan khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Oleh itu, penjawat awam yang berintegriti dan boleh diteladani adalah merupakan aset penting bagi mewujudkan Perkhidmatan Awam yang efisien dan berkesan serta dipandang tinggi. Justeru, saya berharap dengan pelaksanaan OACP JPA ini bakal mewujudkan satu budaya kerja yang berintegriti, antirasuah dan beretika kepada warga JPA khususnya dan perkhidmatan awam amnya. Perancangan seumpama in hendaklah dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi di semua peringkat. Semoga kesemua 26 pelan tindakan yang dirancang dapat dilaksanakan sepertimana tempo yang dijanjikan.

Item Type: Monograph (Documentation)
Divisions: Government Publication
Depositing User: Esam @ Hisham Muhammad
Date Deposited: 02 Jan 2024 05:35
Last Modified: 02 Jan 2024 05:35
URI: http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/4389

Actions (login required)

View Item View Item