Kenyataan sidang media : YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia, 23 Mac 2020

Pejabat Perdana Menteri, PPM (2020) Kenyataan sidang media : YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia, 23 Mac 2020. Documentation. Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, Malaysia.

[thumbnail of JPM2020_KenyataanSidangMediaYABTanSriDato'HjMuhyiddin....pdf]
Preview
Text
JPM2020_KenyataanSidangMediaYABTanSriDato'HjMuhyiddin....pdf - Published Version

Download (315kB) | Preview

Abstract

Sebentar tadi saya telah selesai mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi. Dalam mesyuarat ini saya telah diberikan penerangan terperinci mengenai situasi terkini kewangan negara. Ini termasuk penurunan mendadak harga minyak mentah dunia dan penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan ke atas pertumbuhan ekonomi dan kedudukan semasa kewangan negara. Saya sedar pada waktu ini antara perkara utama yang sedang bermain di fikiran sebahagian besar rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, ialah bagaimana untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Saya tahu dalam keadaan krisis yang sedang kita lalui ini, ramai yang kehilangan sumber pendapatan. Peniaga-peniaga kecil terpaksa tutup kedai, pemandu teksi dan grab kehilangan pelanggan, pekerja bergaji harian tidak menerima gaji, malah para majikan pun ramai yang menanggung kerugian kerana perusahaan dan perniagaan mereka terpaksa ditutup buat sementara waktu. Oleh sebab itu, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini telah memutuskan beberapa inisiatif utama yang saya harap dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh anda semua ketika melalui waktu yang sukar ini. Inisiatif-inisiatif yang akan saya umumkan ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan saya umumkan dalam masa terdekat.

Item Type: Monograph (Documentation)
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: Government Publication
Depositing User: Practical Student 02
Date Deposited: 30 Jan 2022 07:37
Last Modified: 30 Jan 2022 07:37
URI: http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/2656

Actions (login required)

View Item View Item