Majlis Keselamatan Negara, MKN (2020) Kenyataan akhbar Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Batu 21-24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Documentation. Majlis Keselamatan Negara, Putrajaya, Malaysia.
Preview |
Text
MKN2020_Kenyataan Akhbar Menteri Kanan (Kluster Keselamatan).pdf - Published Version Download (56kB) | Preview |
Abstract
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order), arahan kedua selepas Simpang Renggam, di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,918 orang penduduk merangkumi 700 rumah. Ini termasuk tujuh (7) kampung iaitu dua (2) perkampungan Orang Asli dan lima (5) perkampungan Melayu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020. Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
| Item Type: | Monograph (Documentation) |
|---|---|
| Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
| Divisions: | Government Publication |
| Depositing User: | Practical Student 01 |
| Date Deposited: | 05 Dec 2021 08:20 |
| Last Modified: | 07 Dec 2021 03:03 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/2458 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
