Kenyataan media Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri 18 Mac 2020 berkaitan sektor industri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Majlis Keselamatan Negara, MKN (2020) Kenyataan media Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri 18 Mac 2020 berkaitan sektor industri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Documentation. Majlis Keselamatan Negara, Putrajaya, Malaysia.

[thumbnail of MKN2020_Kenyataan Media MKN, JPM 18 Mac 2020.pdf]
Preview
Text
MKN2020_Kenyataan Media MKN, JPM 18 Mac 2020.pdf - Published Version

Download (119kB) | Preview

Abstract

1. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengambil tindakan proaktif dengan melaksanakan sesi libat urus bersama pihak Industri pada 17 Mac 2020, yang dihadiri oleh persatuan-persatuan industri dan dewan-dewan perniagaan antaranya Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) dan The Japanese Chamber of Trade and Industry, Malaysia (JACTIM) yang mewakili industri pembuatan negara. 2. Kerajaan menyambut baik kefahaman pihak industri berkaitan kewajaran peraturan kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19. 3. Dalam hal ini, Kerajaan amat prihatin dan memandang serius akan cabaran yang dihadapi oleh pihak industri dan turut mengambil maklum akan kepentingan sektor industri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa. Kerajaan akan terus bekerjasama dengan komuniti industri khususnya dalam memastikan perkhidmatan bekalan penting tidak terputus.

Item Type: Monograph (Documentation)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Government Publication
Depositing User: Practical Student 01
Date Deposited: 05 Dec 2021 08:09
Last Modified: 07 Dec 2021 02:59
URI: http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/2454

Actions (login required)

View Item View Item