Pejabat Perdana Menteri, PPM (2020) Teks ucapan YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Yassin Perdana Menteri Malaysia, 10 Mei 2020. Documentation. Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, Malaysia.
Preview |
Text
JPM2020_Teks Perutusan Khas YAB PM.pdf - Published Version Download (87kB) | Preview |
Abstract
Hari ini, saya ingin memaklumkan kepada saudara-saudari semua mengenai perkembangan terkini pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang bermula pada 4 Mei yang lalu. Alhamdulillah, saya lihat pelaksanaan PKPB telah berjalan dengan lancar dan teratur. Tidak berlaku kesesakan luar jangka di stesen-stesen pengangkutan awam, di dalam LRT, MRT, bas, restoran dan lain-lain. Nampaknya, rata-rata rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan. Sektor-sektor ekonomi juga telah mula dibuka. Mereka yang terkandas di kampung halaman atau di tempat-tempat lain telah mula balik ke rumah masing-masing. Pelajar-pelajar universiti yang terkandas di kampus juga telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Alhamdulillah. Ramai dalam kalangan saudara-saudari juga telah mula bekerja. Sehingga hari ini dianggarkan seramai 6.64 juta atau 43.6 peratus pekerja telah kembali bekerja. Saya jangkakan jumlah ini akan meningkat dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang. InsyaAllah, dengan peningkatan jumlah pekerja yang kembali bekerja dalam pelbagai sektor industri dan perniagaan, kegiatan ekonomi di negara kita akan dapat digerakkan semula. Yang bekerja akan dapat gaji. Yang berniaga akan beroleh pendapatan dan keuntungan. Hasil pendapatan ini boleh dibelanjakan dalam sistem ekonomi kita yang akhirnya menjana pertumbuhan ekonomi negara.
| Item Type: | Monograph (Documentation) |
|---|---|
| Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races J Political Science > JQ Political institutions Asia |
| Divisions: | Government Publication |
| Depositing User: | Practical Student 01 |
| Date Deposited: | 05 Dec 2021 01:44 |
| Last Modified: | 07 Dec 2021 02:36 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/2428 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
