Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri : mesyuarat mengenai kedudukan ekonomi dan fiskal negara

Pejabat Perdana Menteri, PPM (2020) Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri : mesyuarat mengenai kedudukan ekonomi dan fiskal negara. Documentation. Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, Malaysia.

[thumbnail of JPM2020_Mesyuarat mengenai kedudukan ekonomi.pdf]
Preview
Text
JPM2020_Mesyuarat mengenai kedudukan ekonomi.pdf - Published Version

Download (131kB) | Preview
Official URL: http://www.pmo.gov.my

Abstract

YAB Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan YBhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Pertemuan ini turut dihadiri oleh pegawai kanan daripada kementerian tersebut. Dalam sesi tersebut, YAB Perdana Menteri telah diberi penerangan tentang situasi ekonomi semasa, kedudukan fiskal dan hutang negara serta langkah-langkah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) yang baru diumumkan. YAB Perdana Menteri turut menekankan pelaksanaan perbelanjaan secara lebih berhemah dan mengurangkan ketirisan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh. Di samping itu, kedudukan hutang dan liabiliti Kerajaan juga diberi perhatian dan setiap projek yang akan dilaksanakan perlu diperhalusi agar tidak membebankan komitmen kewangan dan hutang Kerajaan. YAB Perdana Menteri juga berpandangan peruntukan Belanjawan tahunan seharusnya dapat mendatangkan pulangan besar kepada pertumbuhan ekonomi menjana pendapatan rakyat dan negara. Oleh yang demikian, keberkesanan program dan projek Kerajaan perlu dipertingkatkan lagi supaya setiap wang awam yang dibelanjakan dapat mendatangkan manfaat sepenuhnya kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Item Type: Monograph (Documentation)
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: Government Publication
Depositing User: Practical Student 01
Date Deposited: 30 Nov 2021 04:01
Last Modified: 06 Dec 2021 08:13
URI: http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/2343

Actions (login required)

View Item View Item