Pejabat Perdana Menteri, PPM (2020) Perutusan Perdana Menteri Malaysia berkaitan penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia, 13 Mac 2020. Documentation. Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, Malaysia.
Preview |
Text
MKN2020_PerutusanKhasYABPMCovid19.pdf - Published Version Download (137kB) | Preview |
Abstract
Pada hari ini, kita semua sedang berhadapan dengan situasi yang agak membimbangkan berikutan penularan jangkitan COVID-19. Di peringkat awal, jumlah yang terlibat adalah kecil iaitu 22 kes sahaja. Kebanyakan kes ini melibatkan warganegara asing, warganegara Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China dan warganegara Malaysia yang melawat negara yang dijangkiti COVID-19. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak ini, kita masih berdepan dengan peningkatan kes COVID-19. Pada waktu ini, gelombang kedua COVID-19 telah bermula dengan melibatkan 175 kes. Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan wabak COVID-19 sebagai pandemik kerana terdapat peningkatan kes yang ketara di seluruh dunia. Saya tahu saudara dan saudari pastinya risau akan keselamatan diri sendiri, anak-anak serta kaum keluarga. Anda juga pastinya mahu mendapatkan maklumat yang tepat mengenai langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan untuk menangani penularan wabak ini. Oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada anda semua situasi semasa gelombang kedua penularan COVID-19. Sehingga hari ini, terdapat peningkatan kes positif COVID-19 yang baharu berikutan pengesanan dua (2) kejadian kluster utama yang kebanyakannya melibatkan rakyat Malaysia. Dengan trend kes sedia ada, wabak ini dijangka akan berterusan untuk tempoh masa yang agak lama. Ia tidak akan berakhir dalam jangka waktu yang terdekat. Sebagai persediaan menghadapi situasi yang lebih serius, kerajaan akan terus mempertingkatkan pelaksanaan saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, menjalankan sekatan perjalanan dari negara terlibat dan menyediakan laluan khas untuk pelawat dari negara-negara terrsebut.
| Item Type: | Monograph (Documentation) |
|---|---|
| Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races J Political Science > JQ Political institutions Asia |
| Divisions: | Government Publication |
| Depositing User: | Practical Student 01 |
| Date Deposited: | 22 Nov 2021 06:59 |
| Last Modified: | 06 Dec 2021 08:09 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/2340 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
