Blueprint 2.0 Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau Polis Diraja Malaysia 2016 – 2020

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KeTTHA Blueprint 2.0 Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau Polis Diraja Malaysia 2016 – 2020. Documentation. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kuala Lumpur, Malaysia.

[thumbnail of blueprint-2-0-amalan-hijau-dan-aplikasi-teknologi-hijau-polis-diraja-malaysia-2016-2020.pdf] Text
blueprint-2-0-amalan-hijau-dan-aplikasi-teknologi-hijau-polis-diraja-malaysia-2016-2020.pdf

Download (11MB)

Abstract

Blueprint 2.0 Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau Polis Diraja Malaysia 2016 - 2020 merupakan kesinambungan daripada Buku Blueprint Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak yang mana Blueprint tersebut merupakan pelan tindakan jangka pendek yang mensasarkan pelaksanaannya sehingga tahun 2015. Ini merupakan salah satu inisiatif PDRM untuk membangunkan agenda teknologi hijau negara disamping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada 109,000 orang warga PDRM serta masyarakat amnya tentang kepentingan memulihara alam sekitar untuk kehidupan yang lebih baik, sihat dan selesa. Setelah berakhirnya pelaksanaan Blueprint Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM pada tahun 2015, pihak GreenTech Malaysia telah melakukan penilaian pencapaian pelaksanaan dan PDRM telah berjaya memperoleh keputusan pencapaian sebanyak 85% iaitu 4-Bintang. Sijil Penghargaan Pencapaian Pelaksanaan Blueprint telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Malaysia kepada Ketua Polis Negara semasa program PDRM Green Day yang berlangsung pada 16 Disember 2015 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Blueprint 2.0 ini dibangunkan bagi merancakkan lagi pelaksanaan agenda Go Green PDRM di mana aktiviti dan sasaran telah ditetapkan untuk tempoh 5 tahun bermula tahun 2016 sehingga tahun 2020. Blueprint 2.0 ini nanti akan digunakan sebagai rujukan dan panduan di kalangan pegawai, anggota dan warga PDRM dalam melaksanakan segala aktiviti yang melibatkan amalan hijau serta aplikasi teknologi hijau dengan lebih agresif lagi selari dengan matlamat dan hala tuju yang disasarkan oleh pucuk pimpinan tertinggi.

Item Type: Monograph (Documentation)
Uncontrolled Keywords: Green technology Environmental sociology
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Government Publication > Goverment organizations
Depositing User: Salina Shamshuri
Date Deposited: 14 Aug 2019 01:54
Last Modified: 14 Aug 2019 01:54
URI: http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1990

Actions (login required)

View Item View Item