Jabatan Agama Islam Negeri Johor, JAIJ (2018) JURNAL PENYELIDIKAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR : EDISI KHAS. Documentation. Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Johor Bahru.
Preview |
Text
jurnal100ahun JAIJ.pdf Download (4MB) | Preview |
Abstract
Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ) telah mencapai kecemerlangan penubuhannya beberapa dekad yang lalu. Seawal kewujudan selaras titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di negeri Johor. Pengurusan sekolah agama dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Agama Kerajaan Negeri Johor. Sistem pengurusan yang mantap serta sistematik memberi nafas baru kepada kejayaan dan kegemilangan pendidikan sekolah agama di Malaysia. Pengurusan ini menjadi panduan bagi negeri-negeri lain membentuk sistem pengurusan bidang pendidikan agama yang mantap dan matang. Penubuhan 100 tahun sekolah agama dilihat banyak memberi impak positif dari segi pendidikan, prasarana, tenaga pengajar, infrakstuktur dan pelbagai pembangunan. Banyak kemudahan dapat dinaik taraf dari semasa ke semasa dengan jayanya. Jurnal ini dihasilkan bagi memberi gambaran jelas perkembangan pendidikan khususnya Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. Jurnal ini juga mengupas pelbagai aspek penstukturan sekolah agama secara menyeluruh. Perkembangan yang memberansangkan ini adalah hasil kerjasama semua pihak sama ada Kerajaan negeri mahupun pihak MAIJ serta badan kerajaan lain. Pencirian yang terkandung dalam jurnal ini diharap dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan juga akan datang sebagai suatu wadah pendidikan yang berterusan. Selain itu, kejayaan ini dapat dikongsikan bersama rakyat Negeri Johor khususnya dan seluruh Malaysia, dan dunia khususnya yang sentiasa prihatin dengan kemajuan peradaban, intelektual, serta sahsiah masyarakat. Justeru itu, jurnal ini menghuraikan perkembangan,perbincangan, implikasi dan kemenjadian Sekolah Agama Kerajaan Johor.
| Item Type: | Monograph (Documentation) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Religion |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
| Divisions: | Government Publication > Goverment organizations |
| Depositing User: | Salina Shamshuri |
| Date Deposited: | 24 Mar 2019 08:42 |
| Last Modified: | 24 Mar 2019 08:43 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1879 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
