Jabatan Penerangan Malaysia, JPN Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada : Dahulu, Kini dan Selamanya. Documentation. Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Preview |
Text
raja_dan_rakyat_berpisah_tiada.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Dalam konteks raja dan rakyat berpisah tiada, raja adalah diibarat payung, yang bersedia menaungi rakyat dari panas terik mentari manakala rakyat pula adalah lambang kekukuhan dan kesinambungan Institusi Beraja. Jadi, tanpa rakyat, tiadalah raja. Sebagai seorang Raja, Baginda akan memimpin, melindungi dan menjaga kebajikan rakyatnya. Sebagai balasan, rakyat perlu menumpahkan taat setia kepada Raja dan tidak sesekali menderhaka kepada perintahnya. Perlembagaan Persekutuan sendiri memperuntukkan satu kewajipan bahawa Raja atau Yang di-Pertuan Agong (yang telah dilantik oleh Majlis Raja-raja) melindungi kedudukan orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak di samping menjaga kepentingan-kepentingan yang sah bagi kaum-kaum lain. Baginda berkuasa untuk menentukan serta mengeluarkan perintah kepada Suruhanjaya yang berkenaan atau pihak berkuasa tertentu, supaya diadakan hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, mengikut kadar yang pada pendapat Baginda sesuai dalam perkhidmatan awam dan pemberian biasiswa atau keistimewaan pelajaran dan latihan yang seumpama itu, atau kemudahan-kemudahan khas yang diberi atau ditetapkan oleh kerajaan.
| Item Type: | Monograph (Documentation) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Malaysia-King and Rulers |
| Subjects: | J Political Science > JN Political institutions (Europe) J Political Science > JS Local government Municipal government |
| Divisions: | Government Publication > Goverment organizations |
| Depositing User: | Salina Shamshuri |
| Date Deposited: | 18 Nov 2018 03:29 |
| Last Modified: | 18 Nov 2018 03:29 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1840 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
