NEGARAKU 60 TAHUN MERDEKA

Jabatan Penerangan Malaysia, JPN (2017) NEGARAKU 60 TAHUN MERDEKA. Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 978-983-54-0598-3

[thumbnail of negaraku_60_tahun_merdeka.pdf]
Preview
Text
negaraku_60_tahun_merdeka.pdf

Download (27MB) | Preview

Abstract

Buku ‘Negaraku 60 Tahun Merdeka’ diterbitkan sempena menyambut ulang tahun ke-60 sambutan kemerdekaan Malaysia. Buku ini merupakan satu daripada koleksi bahan penerbitan negara yang digarap dan disediakan hasil percambahan minda anggota Bahagian Penerbitan Dasar Negara,Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Judul Buku ‘Negaraku 60 Tahun Merdeka’ membawa maksud imbasan momen berharga dan penuh sejarah dalam pembangunan negara sejak merdeka hingga kini, di samping deretan peristiwa, perjalanan pembangunan dan kejayaan-kejayaan negara selama 60 tahun berdiri megah sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Kandungan buku ini turut memuatkan bingkisan pengalaman dan kejayaan wira tak didendang, anak-anak Malaysia yang lahir pada 31 Ogos dan 16 September selain rancangan-Rancangan pembangunan negara serta beberapa artikel terpilih yang diilustrasikan melalui gambar-gambar peristiwa terdahulu dan terkini sebagai sumber pengetahuan yang berguna seterusnya menjadi rujukan dan warisan untuk generasi pada masa hadapan. Rentetan peristiwa-peristiwa inilah yang mampu memberi iktibar dan pengajaran kepada kita semua dalam mendepani cabaran mendatang. Sungguh pun banyak karya terhasil sebelum ini yang menyentuh tentang kemerdekaan Malaysia, tetapi penulisan buku ini dengan genre santai berinformasi wajar dijadikan rujukan dan manfaat kepada seluruh warga Malaysia. Penerbitan buku ini disusun dan diringkaskan dengan pengisian yang merangkumi semua sektor sejak 60 tahun era kemajuan negara dari zaman pra merdeka, mencapai kemerdekaan dan selepas merdeka. Pencapaian negara dalam pelbagai sektor juga dikupas dengan penceritaan bergambar yang mampu mengimbau semula keringat leluhur terdahulu dalam mendapatkan kemerdekaan dan kecemerlangan negara yang dikecapi hari ini. Semoga penerbitan buku ini diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Malaysia demi memartabatkan keagungan nilai sejarah dan kegemilangan negara.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: 1. Independence Day (Malaysia)--History. 2. Malaysia--History
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Government Publication
Depositing User: Salina Shamshuri
Date Deposited: 14 Nov 2018 03:40
Last Modified: 14 Nov 2018 03:40
URI: http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1827

Actions (login required)

View Item View Item