Permaisuri Johor guna media sosial bantu rakyat

Idris, Zarith Sofiah (2018) Permaisuri Johor guna media sosial bantu rakyat. [Image] (Unpublished)

[thumbnail of PermaisuriJohorGunaMediaSosial_030718.pdf]
Preview
Text
PermaisuriJohorGunaMediaSosial_030718.pdf

Download (983kB) | Preview

Abstract

Mulia dan berjiwa besar. Itu gelaran yang layak diberi kepada DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah yang sanggup turun padang untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan. Niat Baginda ikhlas mahu membantu mereka yang memerlukan, walaupun dengan sedikit bantuan, hatinya berasa puas dan lega. Kini dengan adanya laman Facebook (FB), Raja Zarith Sofiah menggunakannya sebagai medium penting bagi membantu dan mendekati rakyat. Menerusi laman sosial itu sejak tahun 2015, Baginda menerima ratusan aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai perkara termasuk bantuan kesihatan serta kemiskinan. Tuanku Permaisuri Johor berkenan meluangkan masa membaca aduan diterima termasuk aduan yang dimaklumkan oleh pengurus Facebook Baginda sebelum ianya dirujuk kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor serta Bulan Sabit Merah Malaysia. Bantuan-bantuan yang disampaikan membabitkan peralatan klinikal, pernafasan dan tilam serta sumbangan peribadi daripada Baginda sendiri. Usaha murni itu diteruskan Tuanku Permaisuri Johor sehingga kini dan Baginda amat berharap masalah peribadi membabitkan pinjaman kewangan, isu perumahan dan keagamaan yang diterima menerusi Facebook dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkaitan

Item Type: Image
Uncontrolled Keywords: Permaisuri Johor, UTM Chancellor,
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
DS Asia
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Depositing User: Haslinda Sabari
Date Deposited: 30 Jul 2018 08:20
Last Modified: 30 Jul 2018 08:20
URI: http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1729

Actions (login required)

View Item View Item