Idris, Zarith Sofiah (2018) Ratapan mangsa banjir. [Image] (Unpublished)
Preview |
Text
RatapanMangsaBanjir_100718.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Antara rakyat dan Raja, apakah yang berbeza? Jika gembira, rakyat tertawa, Begitu juga seorang raja. Rakyat menangis jika bersedih, Raja melenang air mata yang sama pedih. Satu ketika yang dahulu, Seorang Raja membantu mangsa banjir, Selepas melihat rakyatnya menderita, menangis, dan termenung, Kerana terpaksa meninggalkan kota dan kampung, Maka Baginda Tuanku berangkat balik ke Istana, Tidak lupa apa yang dilihat, Tidak ingat letih dan lelah, Kerana demi rakyat yang dikasihi, Baginda Tuanku tidak mengaku kalah. Terus Baginda menulis apa yang tersemat dihatinya, Begitulah menjadi lagu dan senikata, "Ratapan Mangsa Banjir" adalah namanya, Mengenangkan rakyat yang ramai menderita, Inilah tulisan Baginda Raja. Adakah ini apa yang dirasai oleh rakyatnya? "Membanting tulang ku bekerja, Mencari nafkah untuk sekeluarga, ...Oh Tuhan! Kasihanilah kami, Anakku lapar, apa hendak kuberi?" Baginda Tuanku terus menulis, Perasaan Baginda sendiri tidak ditepis, Sebagai nasihat Baginda bertitah : "Janganlah kau bersedih, Airmata jangan dibuang, Kalau rindu, Pesan sahaja diawan petang." Antara rakyat dan raja, Apakah yang berbeza? Hanya kedudukan dan gelaran yang tidak sama, Itu sahaja yang berbeza. Rakyat dan raja ciptaan Allah, Sebagai ummah mereka setaraf, Oleh itu, kepada semua saudara saudari disini, Andainya ada yang tersalah atau silap, Bagi pihak saya sekeluarga, Saya dengan rendah hati Meminta maaf
| Item Type: | Image |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Permaisuri Johor, UTM Chancellor, flood |
| Subjects: | D History General and Old World > DS Asia DS Asia L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
| Depositing User: | Haslinda Sabari |
| Date Deposited: | 30 Jul 2018 08:20 |
| Last Modified: | 30 Jul 2018 08:20 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1724 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
