Idris, Zarith Sofiah (2018) Sultan Johor biayai program bantu golongan miskin bandar. [Image] (Unpublished)
Preview |
Text
SultanJohorBiayaiProgramBantu_110718.pdf Download (717kB) | Preview |
Abstract
DYMM Sultan dan DYMM Permaisuri Johor merancang menggerakkan satu projek perintis dalam usaha membantu mempertingkatkan kualiti hidup golongan miskin bandar di negeri Johor. Inisiatif baharu itu membabitkan projek menaiktaraf flat kos rendah berhampiran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai. Ini termasuk menyediakan pusat pembelajaran kepada kanak-kanak yang menetap di flat itu, taman permainan, kemudahan sukan untuk golongan remaja, menaiktaraf kawasan tingkat bawah yang tidak digunakan sebagai taman serta menyediakan kemudahan jalur lebar kepada penduduk. “Pada Mac lalu, saya ada berbincang bersama Tuanku (Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar) mengenai sebuah inisiatif baharu bagi membantu menyelesaikan sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh golongan miskin bandar dan Baginda berkenan untuk membiayai usaha ini,” titah Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah kepada Royal Press Office. Pada hari ini (11 Julai), Tuanku Permaisuri Johor yang juga Canselor UTM berkenan mengadakan satu mesyuarat bersama Naib Canselor UTM, para pensyarah serta wakil daripada Yayasan Sultan Ibrahim dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) di Kampus UTM Skudai bagi mendapatkan perkembangan terkini serta idea lanjutan mengenai inisiatif baharu itu
| Item Type: | Image |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Permaisuri Johor, UTM Chancellor, |
| Subjects: | D History General and Old World > DS Asia DS Asia L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
| Depositing User: | Haslinda Sabari |
| Date Deposited: | 30 Jul 2018 08:20 |
| Last Modified: | 30 Jul 2018 08:20 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1722 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
