Idris, Zarith Sofiah (2018) Laksamana Run 2018. [Image] (Unpublished)
Preview |
Text
LaksamanaRun2018_280718.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Dana sejumlah RM644,790 berjaya dikumpul sempena acara Larian Laksamana 2018 yang berlangsung dengan suasana warna-warni di Dataran Bandaraya Johor Bahru hari ini (28 Julai). Larian amal ini bertujuan mengumpul dana bagi membiayai rawatan pesakit kanser kurang berkemampuan serta menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti gaya hidup sihat. Acara yang memasuki tahun kedua anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) disertai lebih 2,500 peserta membabitkan dua kategori iaitu Power Run (10 KM) dan Fun Run (5KM). Larian ini diserikan dengan penyertaan isteri DYAM Tunku Mahkota Johor, YM Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim yang juga Penaung DiRaja larian bersama suami, Encik Dennis Muhammad Bin Abdullah dalam kategori Fun Run sejauh 5km. Acara dimulakan dengan aktiviti zumba-robik diikuti majlis flag-off oleh Tunku Tun Aminah bagi kategori Power Run (10 KM) pada pukul 7.50 pagi. Che' Puan Khaleeda dan Tunku Tun Aminah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang serta meluangkan masa merakam gambar bersama peserta.
| Item Type: | Image |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Permaisuri Johor, UTM Chancellor, Laksamana Run |
| Subjects: | D History General and Old World > DS Asia DS Asia L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
| Depositing User: | Haslinda Sabari |
| Date Deposited: | 30 Jul 2018 08:20 |
| Last Modified: | 30 Jul 2018 08:20 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1717 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
