Idris, Zarith Sofiah (2018) Ikatan utuh kekeluargaan Diraja Perak dan Terengganu. [Image] (Unpublished)
Preview |
Text
IkatanUtuhKekeluargaanDirajaPerakdanTerengganu_100318.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Majlis perkahwinan YM Puteri Khalisah Adila bukan sahaja merakamkan detik manis buat beliau dan pasangannya, En. Muhammad Sadiq bin Zulkifli, malah turut mengukir memori indah buat keluarga Diraja Perak dan Terengganu. Keberangkatan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah menyerikan lagi suasana majlis di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan Kerabat Diraja Perak dan Terengganu merentasi generasi. YM Puteri Khalisah Adila merupakan anakanda kepada YM Raja Dato' Nordiana Tengku Seri Indera Raja Terengganu. Semalam (8 Mac), Tuanku Raja Zarith berkenan menghadiri majlis jamuan teh di kediaman Raja Dato' Nordiana di Kuala Terengganu. Pertemuan itu sungguh bermakna buat Raja Zarith Sofiah dan Raja Dato’ Nordiana bukan sahaja disebabkan hubungan persaudaraan, malah mengenali di antara satu sama lain ketika melanjutkan pelajaran di England. Bonda kepada Raja Dato’ Nordiana merupakan bonda saudara kepada Tuanku Sultan Terengganu dan ayahandanya berasal dari Negeri Perak, serta bersaudara dengan Almarhum Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah dan Almarhumah Raja Perempuan Perak Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah iaitu ayahanda dan bonda Tuanku Permaisuri Johor. Almarhumah Raja Perempuan Muzwin juga pernah menghadiri majlis perkahwinan ayahanda dan bonda Raja Dato’ Nordiana di Kuala Terengganu pada tahun 1957. Pada malam ini (9 Mac) Tuanku Permaisuri Johor akan berangkat menghadiri Majlis Akad Nikah Puteri Khalisah Adila dan Muhammad Sadiq di Kuala Terengganu.
| Item Type: | Image |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Permaisuri Johor, hubungan persaudaraan, Majlis Akad Nikah |
| Subjects: | D History General and Old World > DS Asia DS Asia L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
| Depositing User: | Users 29 not found. |
| Date Deposited: | 29 Mar 2018 07:13 |
| Last Modified: | 29 Mar 2018 07:13 |
| URI: | http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1538 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
