Galeri Johor Bakal Dibangunkan di Oxford

Idris, Zarith Sofiah (2018) Galeri Johor Bakal Dibangunkan di Oxford. [Image] (Unpublished)

[thumbnail of GaleriJohorBakalDibangunkandiOxford_030318.pdf]
Preview
Text
GaleriJohorBakalDibangunkandiOxford_030318.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

DYMM Sultan dan DYMM Permaisuri Johor berkenan menerima mengadap pemikir Islam Dato' Dr Afifi al-Akiti di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini (3 Mac). Dalam pertemuan itu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan membincangkan pelbagai perkara termasuk mengenai perkembangan dunia Islam dan isu semasa. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Dato' Dr Afifi al-Akiti, Orang Besar Lapan Perak juga merupakan Fellow di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato' Hj Azmi bin Hj Rohani dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor Dato' Mohamed Ghazali bin Mohamed Yusoff. Turut dibincangkan adalah cadangan untuk membangunkan sebuah dewan yang akan diberi nama Galeri Johor di universiti berprestij di England, Universiti Oxford. Walau bagaimanapun, cadangan pembangunan masih diperingkat awal kerana banyak perkara perlu diperhalusi dan dikaji sebelum ia dapat dilaksanakan. Cadangan pembangunan Galeri Johor di Oxford itu secara langsung akan turut menaikkan serta memperkenalkan nama negeri Johor di mata dunia.

Item Type: Image
Uncontrolled Keywords: Permaisuri Johor, Galeri Johor, Yayasan Raja Zarith Sofiah
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
DS Asia
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Depositing User: Users 29 not found.
Date Deposited: 29 Mar 2018 07:13
Last Modified: 29 Mar 2018 07:13
URI: http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1532

Actions (login required)

View Item View Item