Istiadat kemangkatan dan pemakaman diraja Almarhum kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah

Idris, Zarith Sofiah (2017) Istiadat kemangkatan dan pemakaman diraja Almarhum kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. [Image] (Unpublished)

[thumbnail of IstiadatKemangkatandanPemakamanDiraja_130917.pdf]
Preview
Image
IstiadatKemangkatandanPemakamanDiraja_130917.pdf

Download (160kB) | Preview

Abstract

DYMM Permaisuri Johor berkenan berangkat hadir ke Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman Diraja Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah hari ini (12 September). Baginda diiringi paduka anakanda DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim. Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selamat disemadikan dengan penuh adat istiadat di Makam Diraja Langgar, Alor Setar pada jam 5.15 petang. Almarhum Baginda yang diputerakan pada 28 November 1927 mangkat di Istana Anak Bukit pada pukul 2.30 petang semalam (11 September). Turut serta dalam rombongan DiRaja Johor ialah Menteri Besar Johor Dato' Mohamed Khaled Nordin dan isteri Datin Seri Rosni Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato' Azmi Rohani; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Haji Ramlee Haji A. Rahman dan Mufti Johor Dato' M Tahrir Samsudin.

Item Type: Image
Uncontrolled Keywords: Permaisuri Johor, UTM Chancellor, Adoption Ceremony
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
DS Asia
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Depositing User: Users 19 not found.
Date Deposited: 31 Oct 2017 06:48
Last Modified: 31 Oct 2017 06:50
URI: http://odlsystem2.utm.my/id/eprint/1355

Actions (login required)

View Item View Item